Monday, 29 September 2014

KALAU RASA TAK BOLEH PATUH DENGAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA BAIK CARI NEGARA YANG BOLEH BUAT UNDANG-UNDANG SENDIRI.... INILAH JDINYA KALAU KITA BAGI MUKA KEPADA PUKIMAK2 SEMUA NI...




Kerajaan dilihat sering menggunakan Akta Hasutan ke atas isuisu kaum dan agama seperti yang dilihat dalam kes penulis blogseks Alvin dan Vivian dan juga David Orok di Sabah.

Tindakan ini diambil biarpun kedudukan Islam tidak dinyatakan dengan jelas dalam akta hasutan, tetapi menurut peruntukan Seksyen 3(1)(e) iaitu tindakan terhadap promosi perasaan benci dan permusuhan antara kaum atau golongan yang berlainan.Walaupun akta hasutan sering digunakan terhadap mereka yang menyebabkan ketegangan agama terutamanya agama Islam, namun ia juga diperluaskan terhadap kumpulan-kumpulan beragama Islam atas sebab yang sama.

Pada tahun 2009, seramai 12 individu dihukum bawah akta hasutan kerana menggunakan kepala lembu dalam suatu protes untuk menghasut dan mewujudkan perasaan tidak puas hati terhadap penganut Hindu.
Pandangan umum dalam soal ini juga sangat berbeza. Sementara ramai menyokong tanggapan tidak berkompromi dalam soal sensitiviti agama, yang lain mendakwa pendakwaan terpilih dan pelaksanaan terutamanya golongan bukan Islam.

Penggunaan akta hasutan terhadap perkara sensitiviti agama adalah sangat kontroversi kerana parameter sensitif agama adalah sangat subjektif dan luas.

Terdapat kes pada 2014 apabila seorang remaja disiasat kerana menekan butang "suka" pada laman pro-Israel di Facebook. Ia menjadi contoh tentang bahaya subjektiviti itu dan sensitiviti jiwa kapas.

Kita sebenarnya hidup di zaman seseorang itu boleh tersinggung dengan gambar kucing dalam Facebook semata-mata sehingga boleh menyebabkan kekecohan kehidupan sosial termasuk perceraian.

Tindakan menyakitkan hati orang lain di era internet ini bagai satu tuntutan terutamanya apabila teknologi telefon pintar bertemu budaya 'Aramaiti.

Pengunaan Akta Hasutan dalam erti kata sensitiviti agama juga kontroversi kerana ia melangkaui politik dan boleh menyabit orang awam yang jahil.

Budaya politik hukuman

Menurut James F Stephen dalam buku beliau, History of Criminal Law in England, hasutan adalah satu kesalahan politik yang lazim dan dipolitikkan.

Perkataan "hasutan" berasal dari perkataan Latin"seditio", yang bermaksud "yang mengenepikan" atau terkeluar dari ruang penguasaan dan norma.
Undang-undang hasutan tidak wujud di atas atau di luar sesuatu masyarakat; ia adalah cerminan masyarakat pada masa tertentu dalam evolusinya.

Menurut definisi James Stephen, kewujudan hasutan bergantung kepada norma-norma sosio-politik sesebuah negara akan sikap orang ramai terhadap perkara yang berbentuk sensitif.

Ia dapat ditafsir berdasarkan budaya politik kita yang berasaskan bangsa dan agama, di mana budaya mempolitikkan perkara kurang sensitif atau jahil untuk kepentingan politik terus mewujudkan suasana intim bagi akta hasutan.

Budaya politik kita adalah berbentuk menuntut hukuman dan tindakan eksekutif sebagai penyelesaian dan bukannya berbentuk penglibatan terhadap kenyataan dan tindakan-tindakan politik yang bersifat politically incorrect dan tidak sensitif.

Penggunaan akta hasutan juga dilihat menjadi norma kerana kekurangan budaya intelektual dan perbahasan secara objektif di mana pedang menjadi lebih tajam dari pena apabila isu bangsa dan agama menjadi subjek.

Pada Oktober 2013, ahli parlimen tunggal PKR di Sabah berkata, Mufti Sabah Bungsu Jaafar perlu dihukum kerana memanggil etnik Kadazan sebagai "bangsa ciptaan".

Biarpun kurang sensitif, isu itu ditangani dengan tindakan kebencian dan laporan polis dan bukannya pendidikan awam mengenai kekayaan budaya dan sejarah masyarakat itu sendiri.

Kejadian itu juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara umumnya melihat perkara kaum dan agama sebagai sensitif dan sebagai jenayah.

Satu lagi kes yang jatuh dalam kategori ini adalah kes profesor undang-undang, Azmi Sharom, calon yang sempurna untuk dibawa ke muka perdebatan dan bukan ke mahkamah.

Perkembangan sedemikian memperlihatkan sama ada kita kekurangan kapasiti intelek atau hanya sekadar longlai dibuai politik kebencian.

Kanun Keseksaan vs akta harmoni

Akta hasutan adalah serampang bermata dua, yang sebelah terus merobek kebebasan bersuara dan yang satu lagi sebagai senjata pertahanan keharmonian sosial dan keamanan.

Jadi, adakah kita benar-benar bersedia untuk Malaysia tanpa undang-undang hasutan?

Ia lebih daripada kempen pemansuhan undang undang penjajah kerana masyarakat mengasuh dan membesarkan undang-undang ini bagi kepentingan politik dan keharmonian sebagai norma.

Akta hasutan juga unik berbanding dengan Kanun Keseksaan seperti dalam Bab VI (Kesalahan Terhadap Negara), Bab VIII (Kesalahan Terhadap Ketenteraman Awam) dan Bab XIV (Kesalahan Yang Memberi Kesan Kepada Kesihatan Awam, Keselamatan, Kemudahan, Kesopanan dan Akhlak).

Kanun Keseksaan yang disebut ini, dilihat hanya sekadar mampu untuk menghukum jenayah yang sudah berlaku atau sedang dalam perancangan yang aktif.

Kanun Keseksaan dilihat sebagai tumpul dan kurang berkesan sebagai pencegahan awal.

Persoalan norma keselamatan dan kesejahteraan awam yang cuba dibentuk dengan tindakan awal dan mencegah pada peringkat akar menjadikan Kanun Keseksaan sebagai kurang sesuai buat citarasa rakyat Malaysia.

Pilihan lain akta harmoni juga dikhuatiri oleh pihak tertentu sebagai tidak berkesan sebagai undang-undang pencegahan atas sebab skop sempit yang menekankan keperluaan membuktikan ancaman sebenar dan niat untuk menyebabkan kemudaratan atau bagi tujuan keganasan.

Biarpun selari dengan standard antarabangsa tetapi undang-undang harmoni juga dilihat kurang berkesan dalam konteks Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Skop dan aplikasinya gagal menjadikan komen sensitif sebagai jenayah menurut selera keselamatan harmoni rakyat Malaysia.

Ini terutamanya apabila ia menyentuh subjek sensitif seperti bangsa, agama, raja-raja Melayu atau kedaulatan negara.

Perkara ini juga dianalisa berikutan kemunculan kumpulan politik yang berdasarkan kaum dan agama dari Hindraf, ISMA dan Majlis Gereja-gereja.

Mereka cepat bertindak menuntut hukuman terhadap segala tindakan kurang sensitif, dari serbuk kari ke pertukaran agama demi kepentingan politik kaum dan agama mereka.

Persoalannya, adakah kaum Cina akan bertolak ansur dengan kempen terbuka pemansuhan sekolah-sekolah vernakular?

Adakah orang Melayu akan bertolak ansur dengan penerbitan yang mempersoalkan al-Quran dan Hadis?

Adakah orang asli dan Orang Asal di Tanah Melayu dan Borneo bertolak ansur dengan tindakan persoal kedudukan istimewa sebagai penduduk asal dan upacara agama mereka sebagai berhala?

Adakah kaum India akan bertolak ansur jika haiwan suci mereka dieksploitasi atau dipanggil dengan terma sensitif di media sosial?

Dan adakah orang-orang Kristian akan bertolak ansur dengan pembinaan Gereja Autobots dan Optimus Prime di atas salib?

Kerajaan harus bertindak dengan mewujudkan satu jawatankuasa khas parlimen untuk mengkaji semula akta hasutan untuk membolehkan penglibatan awam dan perbahasan awam yang lebih luas.

Proses ini perlu untuk satu keputusan yang objektif sebagai sebuah negara yang matang.

Cadangan untuk menggantikan akta hasutan dengan undang-undang baru atau untuk pemansuhan dengan sewenang-wenangnya adalah satu perbuatan meletakkan kereta sorong di hadapan kuda.

Penyelesaian kepada isu hasutan adalah di luar pemansuhan atau penggantian tetapi perlu satu pelan tindakan dan pelan strategik dari segi landskap sosio-politik negara serta perubahan budaya dan norma politik.

APA SEMUA NI? TAKKAN LA PAS TAK SEDAR-SEDAR LAGI YANG DIORANG TU HANYA DIPERGUNAKAN OLEH DAP DAN PKR JE...


Nasrudin: DAP, PKR kalah lagi teruk dalam p'raya kecil





Anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan menolak amaran DAP bahawa mereka mungkin hilang Kelantan jika trend dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor merebak.

Membandingkan dengan dua lagi pilihan raya kecil Balingian yang ditandingi PKR dan Teluk Intan (DAP), Nasrudin berkata penurunan pengundi di Pengkalan Kubor jauh lebih kecil.

"(Pemimpin DAP) YB Lim Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan PAS di Pengkalan Kubur adalah isyarat BN akan merampas Kelantan.

"Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan?" tulisnya di Facebook.

Carta yang dipaparkan Nasrudin menunjukkan penurunan sokongan pada PKR turun 33 peratus di Balingian, undi DAP turun 27.3 peratus di Teluk Intan tetapi PAS hanya merosot 13.18 peratus di Pengkalan Kubor.

Lim juga berkata, jika trend peralihan undi kepada BN terus berlaku di kawasan lain, Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dalam pilihan raya akan datang manakala pihak lawan dengan 25 kerusi.

Thursday, 25 September 2014

LAGI LAPAN PEGAWAI KASTAM DITAHAN TERIMA SUAPAN...

reman terhadap 15 anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia ...

SHAH ALAM - Seorang Penolong Penguasa Kanan Kastam, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tujuh pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM688,100.

Tertuduh, Harun Baba, 57, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Norhadidah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Harun didakwa menerima suapan sebagai upah untuk mengesahkan dalam sistem maklumat kastam bahawa kenderaan-kenderaan yang membawa arak telah dibuat pemeriksaan.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

APA INI SEMUA, MAKIN LAMA MAKIN MENJADI. SESUATU PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN PERKARA SEBEGINI BERULANG KEMBALI DAN INI DAH MENUNJUKKAN BETAPA LEMAHNYA SISTEM PENTADBIRAN DI DALAM KERAJAAN...
COME ON MAN..... ORANG DI LUAR SANA BERSUSAH PAYAH MENDAPATKAN SESUAP NASI TAPI YANG BUAT TAIK DALAM KERAJAAN SEWENANG-WENANGNYA BERMAHARAJA LELA... TAK DE GUNANYA KALAU JABATAN INTERGRITI DITUBUHKAN KALAU DALAMNYA SUDAH ROSAK.....

PANAS! PANAS!!!!! ..... WAJARKAH AZMIN MENGEKALKAN EXCO YANG LAMA ATAU DIGANTIKAN SAHAJA

Azmin memulakan jalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dengan mempengerusikan mesyuarat dengan ketua jabatan, semalam.


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali wajar mengekalkan empat Exco daripada Pas berdasarkan pengalaman mereka mengurus tadbir negeri Selangor sebelum ini.

Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, empat Exco itu mampu membantu Mohamed Azmin untuk mengurus tadbir negeri dengan lebih baik dan lancar.

“Saya rasa empat Exco ini patut dikekalkan, namun ia terpulang kepada Mohamed Azmin sama ada mahu melantik mereka atau sebaliknya,” katanya, semalam.

Kelmarin, Iskandar Abdul Samad bersama tiga lagi Exco iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi meletakkan jawatan mereka selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor semalam.

Menurutnya, sekiranya Mohamed Azmin tidak melantik calon Pas untuk membarisi pucuk pimpinannya kemungkinan akan wujud krisis dalam PR.

“Ini kerana Pas mungkin akan menganggap PKR berdendam dengan parti itu atas tindakan mereka memberi sokongan kepada Abdul Khalid.

“Kalau itu yang berlaku, ia akan membawa kemuncak krisis dalaman PR. Oleh itu, Mohamed Azmin harus bijak menangani persepsi ini dan berusaha meneruskan semangat kerjasama dalam barisan komponen mereka dengan membahagikan kerusi Exco sebagaimana terdahulu,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang mengandaikan akan ada Exco yang akan dilantik semula dan ada kemungkinan terdapat pemimpin baru yang akan dinaikkan oleh Mohamed Azmin.

“Apa yang pasti, Mohamed Azmin harus memilih individu yang boleh bekerjasama dengan beliau dan mampu duduk bersama dalam satu barisan Exco, yang mantap” katanya.

Mohd Azizuddin memberitahu, Mohamed Azmin perlu meneliti kebolehan setiap pemimpin dan sebaik-baiknya mencari individu yang mempunyai pengalaman menerajui negeri itu.

“Kita tunggu dan lihat siapa akan dilantik kerana barisan Exco baharu dijadualkan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor esok.

“Apa sahaja keputusan yang dicapai sebagai rakyat kita perlu akur,” katanya.

HAHAHA, TAK SAMPAI SEMINGGU ANGKAT SUMPAH DAH KELUAR SPEKULASI TAKKAN BERTAHAN LAMA.....




Seorang penganalisis politik menjangka bahawa menteri besarSelangor yang baharu, Azmin Ali tidak akan mampu bertahanlama di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan semua wakilrakyat Pakatan Rakyat.

Laporan Sinar Harian menyebut, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan meramalkan Azmin mungkin berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November ini.

Jelasnya, majoriti ADUN Pakatan memusatkan sokongan pada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Jadi dengan situasi semalam (kelmarin), walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Azmin sebagai menteri besar baharu, saya yakin Wan Azizah atau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam.

"Mungkin boleh bertahan hingga November saja dan bila sidang DUN diadakan, kemungkinan besar ADUN akan membuat undi tidak percaya terhadap Azmin.

"Jika senario ini berlaku, Pakatan Rakyat juga harus disalahkan kerana suka membuat onar di Selangor," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada Selasa lalu dan beliau dijangka mengumumkan senarai exconya hari ini.

Wednesday, 24 September 2014

PM: Interaksi dengan AS, China tentukan keamanan




Cara negara Asia berinteraksi dengan Amerika Syarikat dan China akan menentukan sama ada kebangkitan besar Asia akan membawa kepada era baharu kerjasama dan keamanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ASEAN yang mewakili 600 juta penduduk akan memain peranan dalam menguruskan perhubungan itu.

Perdana menteri berkata Malaysia mempunyai hubungan kukuh dengan kedua-dua negara, Amerika dan China, serta berkongsi kepentingan bersama untuk rantau yang stabil, selamat dan aman.

"Saya percaya dengan mengekalkan keamanan antara sempadan kami dan kerjasama dalam rantau, kami boleh membuktikan bahawa pertumbuhan memberangsangkan di Asia akan mewujudkan dunia yang lebih baik, lebih selamat, dan lebih lestari.

"Kami menghargai janji yang diberikan kepada kami, oleh penduduk Asia, dan kepada mereka yang memandang kepada Asia dengan jangkaan dan harapan," kata Najib dalam ucaptama di Universiti Georgetown, di Washington, Selasa.

Najib yang dalam ucapannya menggariskan isu-isu utama yang menjejaskan keselamatan Asia, berkata terdapat beberapa persoalan dan isu penting yang akan mencorakkan masa depan Asia seperti kebangkitan China, titik tumpu Amerika terhadap Asia dan peningkatan penglibatan Jepun di rantau Asia.

Perdana menteri berkata dunia telah menyaksikan pembangunan ekonomi mengagumkan yang membawa China ke tahapnya sekarang dan bagaimana perubahan ekonomi China telah membuka peluang baharu bagi jiran dan rakan kongsinya.

Bagaimanapun, beliau berkata selain cuba memahami dan meniru kejayaan China, para pemerhati juga ingin mengetahui sama ada kebangkitan China membawa keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi, atau menjurus kepada mempertahankan diri dan bersifat agresif.

"Kami mengalu-alukan kebangkitan China secara aman. Kami telah menyaksikan bahawa sebuah negara China yang berusaha meneruskan keamanan, kestabilan dan pembangunan bersama adalah rakan yang amat berharga bagi negara-negara maju dan membangun," kata Najib.

Mengenai peranan Amerika, beliau berkata Malaysia percaya Amerika akan kekal sebagai sebuah kuasa Pasifik, dan dalam jangka masa sederhana, Amerika akan meneruskan komitmennya ke arah memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran, yang amat disambut baik oleh banyak negara Asia, yang menghargai persahabatan yang terjalin bertahun lamanya dalam hubungan dua hala dan serantau.

"Tetapi terdapat kebimbangan bahawa pentas telah diatur untuk 'permainan baharu yang lebih hebat' dan Asia - khususnya, Timur dan Asia Tenggara - akan mendapati ia berada pula di tengah-tengah percaturan antara persaingan kuasa-kuasa besar," katanya.

Perdana menteri berkata dalam tempoh dua tahun, dasar titik tumpu Amerika terhadap Pasifik sedang dilaksanakan.

Beliau berkata daripada segi ketenteraan, lebih separuh aset tentera laut Amerika kini berpangkalan di Asia.

"Daripada segi ekonomi, rundingan Perkongsian Trans-Pasifik masih diteruskan, dan kami berharap memperoleh perjanjian yang akan melindungi kedaulatan negara dan membuka peluang perdagangan untuk semua," kata Najib.

Menyentuh mengenai Jepun dan peranan yang dimainkan Tokyo dalam abad ke-21, Najib berkata: "Memandangkan banyak perhatian tertumpu kepada India dan China, terdapat kecenderungan untuk melupakan kekuatan ekonomi Jepun - dan perjalanannya ke arah kepimpinan serantau".

Najib berkata selain kebangkitan China dan peranan yang dimainkan oleh Amerika yang akan menentukan keseimbangan kuasa pada abad Asia, terdapat juga dua isu penting yang akan mempengaruhi peristiwa di rantau ini yang akan dihadapi Asia.

Perdana menteri berkata isu pertama adalah beberapa pertindihan tuntutan wilayah di Laut China Selatan yang ketegangan berbangkit daripadanya.

"Penyelesaian berhubung tuntutan ini akan menjadi ujian besar bagi Asia, ujian terhadap komitmen kami ke arah keamanan, dan bagaimana kami mencari mekanisme untuk menyelesaikan konflik ini," kata Najib.

Sehubungan itu beliau berkata prinsip permulaan haruslah menerusi penglibatan dan dialog, dan Asia mesti meletakkan kepercayaan dalam penyelesaian diplomatik.

"Kami perlu mematuhi prinsip asas, melaksanakan diplomasi yang baik, kesaksamaan kedaulatan, menghormati integriti wilayah, penyelesaian pertikaian secara aman dan manfaat bersama dalam perhubungan.

"Dan kami mesti mengesahkan komitmen kami kepada penyelesaian yang mengikut peraturan terhadap persaingan tuntutan. Undang-undang antarabangsa dan bukan paksaan ke atas ekonomi atau ketenteraan yang akan menentukan penyelesaian terhadap pertikaian ini," katanya.

Najib turut berpendapat pematuhan terhadap tatalaku yang ada adalah terbaik bagi memastikan perselisihan pendapat tidak memuncak.

"Tanpa ada kemajuan dalam pematuhan tatalaku ini bermakna pihak yang menuntut akan menggunakan pelbagai cara untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Tindakan sebelah pihak akan menyukarkan lagi kedudukan sesebuah negara, yang menyebabkan penyelesaian semakin sukar dan mencabar," tegas beliau.

Najib menggariskan isu utama kedua sebagai kebangkitan militan radikal yang dipengaruhi agama, sambil berkata, Asia tidak terkecuali dalam hal ini.

Beliau menegaskan bahawa apabila agama dan perbezaan wilayah bertembung konflik yang dicetuskan akan bertambah teruk.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gerakan militan di selatan Filipina telah merebak ke Sabah, perpecahan etnik memberikan kesan mendalam terhadap rakyat Rohingya di Myanmar dan selatan Thailand pula kucar-kacir akibat pemberontakan yang berlarutan.

HIHIHI!!!!.. BERANI KE DIORANG TU NAK TANGKAP MAHATHIR



Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

“Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Berikutan ikrar Zahid bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, Lip Eng hari ini membuat laporan terhadap Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lip Eng (kanan) membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada tengah hari berkaitan dakwaan Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lip Eng juga mendakwa Najib mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno 2010.

Desakan supaya tokoh BN itu disiasat turut dibuat Kit Siang hari ini yang tidak puas hati terhadap kenyataannya Mahathir ketika beliau bertanding di Gelang Patah dalam pilihan raya umum lalu.

Kit Siang mendakwa Mahthir berkata, beliau bertanding kerusi itu keana mahu orang Cina di Gelang Patah dan Johor “menolak bekerjasama dan berkongsi dengan orang Melayu” selain “membenci orang Melayu”.

'Pemimpin mesti tegas'

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahathir sebagai berkata, seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan
yang dibuat tidak popular.

"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," beliau dipetik sebagai berkata dalam ucap utama bertemakan “Kepimpinan dan Pengurusan Krisis” pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur.

Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.

"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia campur tangan dan menghapuskan amalan buruk dan ia menuntut kepimpinan kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan.

GEMPAR BERAPI! ADA AHLI POLITIK NAK CUBA BUNUH DIRI DI KAWASAN PANDAN?


Ahli Politik Cuba Bunuh Diri

Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menghalang seorang ahli politik daripada membunuh diri dengan cuba terjun dari bahagian bumbung Menara Maxis Segar Pandan Indah sebentar tadi. 

Pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.45 petang, dan sepasukan anggota daripada balai bomba dan penyelamat Pandan Indah dikejar ke tempat kejadian. 

Ahli politik berkenaan kini dibawa ke Hospital Ampang. Difahamkan ahli politik itu mengalami gangguan fikiran dan tekanan emosi berikutan krisis politik yang melanda sebuah negeri. 

Ketua Polis Daerah Ampang akan mengadakan satu sidang media malam ini berhubung perkara berkenaan. 

Selangorkini

APA CITER NI??? BETUL KE SEMUA NI ATAU MAIN2 JE... MALAYSIAKINI DAH BERPALING TADAH KE??



“We welcome the Honorable Najib Razak, Prime Minister of Malaysia to New York city,” (Kami mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia di Bandar raya New York), mesej ini terpampang pada sebuah papan iklan di Times Square, di New York.

Mesej itu daripada persatuan pelancongan United States Tour Operators Association and Pacific Asia Travel Association (PATA) cawangan New York.

Menurut pegawai kanan Tourism Malaysia, Ahmad Johanif Mohd Ali berpejabat di ibu kota ini, kedua-dua persatuan memberitahu beliau bahawa iklan itu akan disiarkan setiap hari antara 20 Sept dan 30 Sept.

Selain mesej, iklan berkenaan juga memaparkan gambar Najib.

Terdapat lapan slot iklan seperti itu bagi setiap jam dengan setiap slot selama 30 saat, kata Ahmad Johanif yang juga Naib Presiden, Tourism Malaysia bagi Timur USA, Caribbean, Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay.

“Mereka memaparkan iklan itu kerana mereka tahu perdana menteri berada di bandar raya ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu," katanya.

Times Square merupakan titik utama persimpangan komersial di simpang Broadway dan Seventh Avenue antara West 42nd Street dan West 47th Street.

Tempat ini merupakan satu daripada tempat tarikan yang paling banyak dikunjungi pelancong hingga hampir 40 juta pelawat setahun dengan anggaran 330,000 orang melintasi dataran ini setiap hari.

SIAPA AZMIN ALI YANG SEBENARNYA????? AKU BERITAHU SIKIT SIAPA ITU AZMIN ALI DAN KORANG BOLEH NILAI SENDIRI SAMADA DIA LAYAK ATAU TIDAK MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR??


Azmin Ali ada scandal sex?.. Ini jawapan dari Azmin Ali

Azmin tolak dakwaan Saifuddin Nasution yang mendakwa parti itu ...

Azmin Ali dilahirkan di Singapura (ketika itu Singapura masih sebahagian dari Malaysia) .Walaupun dilahirkan di Singapura, beliau dibesarkan dan mendapat pendidikan di Sekolah Lumpur Jalan Kuala Gurney (2), Sekolah Tinggi Setapak dan Institut Teknikal, Jalan Cheras. Bapanya bekerja untuk Tentera British. Bapanya garang dan tegas. Pada hari-hari remaja, dia terpaksa mengembala lembu dan bekerja sebagai petani. Ketika itu, dia kadang-kala membantu bapanya untuk menjual produk organik dan ternakan. Dari pengalaman dan latar belakang yang rendah hati, beliau dianggap rajin dan berdisiplin, serta menjadi setia dan taat.

Beliau menerima BSc dalam bidang Ekonomi dan Matematik dari University of Minnesota dan kemudian, menamatkan ijazah sarjana dalam pendidikan dari institut yang sama, di mana beliau bertemu dengan Shamsidar Taharin, isteri beliau. Semasa belajar, Azmin diajar matematik moden dan tambahan. Salah satu pelajarnya yang berjaya ialah Razali Ibrahim bekas timbalan menteri ketika mereka berada di Maktab Rendah Sains MARA, MRSM Terendak di. Selain itu beliau menghadiri program latihan eksekutif di Universiti Oxford.

Dari mula-mula beliau amat berminat dalam politik. Apabila dia berada di Amerika, dia sering bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad. Kualiti kepimpinan beliau telah ditunjukkan apabila dia berkumpul dan membawa lebih 2,000 pelajar yang tidak berpuas hati Malaysia untuk mengadakan dialog dengan Mahathir. Pada tahun 1987, berdasarkan nasihat Mahathir, selepas menamatkan MASTER nya, beliau bekerja dengan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Anwar Ibrahim, dan menjadi setiausaha peribadinya. Beliau kemudiannya ke menjadi pengkritik kepada Tun Mahathir Mohamad

Pada usia 23 tahun, Azmin telah dilantik sebagai pegawai khas kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu Menteri Pelajaran. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai setiausaha peribadi Anwar pada tahun 1989,

Pada tahun 1998, selepas Anwar didapati bersalah liwat dan rasuah, Azmin merupakan salah seorang ahli pengasas Parti Keadilan Nasional (Parti Keadilan Nasional). Keadilan memasuki pilihan raya 1999 dalam suasana kemarahan pengundi atas skandal Anwar. Azmin dipilih Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Hulu Kelang. Bagaimanapun, beliau telah dihalang daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya umum 2004 kerana keyakinannya kerana berbohong di mahkamah semasa perbicaraan terhadap Anwar.

Azmin kembali ke politik negara dalam pilihan raya umum 2008, memenangi kerusi Parlimen Gombak dan Bukit Antarabangsa kerusi DUN di Selangor. Dalam pilihan raya umum 2013 beliau berjaya merangkul dua kerusi lagi

Azmin Ali dan Wan Azizah dikatakan mempunyai isu-isu berkaitan politik dan kehidupan peribadi mereka. pergaduhan antara ahli keluarga Azmin dan Anwar diketahui oleh orang ramai sejak Azmin cuba menunjukkan kuasa beliau sebagai Naib Presiden parti. Dua puak muncul dalam Parti Keadilan Rakyat yang mana satu kumpulan menyokong Azmin Ali, yang lain menyokong Wan Azizah.

Azmin Ali ada scandal sex?.. Ini jawapan dari Azmin Ali

Terdapat gambar-gambar seorang lelaki menyerupai Azmin Ali, melakukan perbuatan seks di dalam tandas dengan seorang wanita yang tidak diketahui, yang diedarkan di internet. Pemimpin dan penyokong Azmin parti politik PKR, membela Azmin dengan mengatakan bahawa ia adalah satu usaha untuk memerangkap beliau

ISU AISKRIM BATANG 3.0: AZMIN ALI ENGGAN SUMPAH LAKNAT




AKU SETUJU SANGAT-SANGAT DENGAN FAKTA YANG DINYATAKAN OLEH DATUK MASLAN SEBAB SEBELUM PKR MEMERINTAH, SELANGOR SUDAH PUN MENCAPAI KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN YANG PESAT....



Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri besar Selangor yang baru bukanlah sesuatu perkara yang signifikan bagi negeri terkaya itu, tetapi hanya 'menumpang' kejayaan yang telah dilakukan kerajaan BN selama 15 penggal.

Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan berkata 95 peratus daripada pembangunan di negeri itu disumbangkan oleh kerajaan BN.

"Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13, pihak pembangkang mula mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dan sekiranya terdapat sumbangan mereka (kepada negeri itu), jumlahnya kurang daripada lima peratus.

"Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) dan Azmin selaku menteri besar baru hanya menyambung kejayaan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Seminar Industri Kewangan Islam: Antara Kefahaman, Pelaksanaan dan Sikap, diibunegara semalam.

Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah pagi semalam.

Timbalan presiden PKR itu mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak 2008.

Sementara itu, di TUMPAT, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata kemelut isu menteri besar di negeri itu sudah pun selesai dan ia membuktikan prinsip Raja Berperlembagaan telah dijunjung melalui keputusan Sultan Selangor itu.

"Mengenai konsep Raja Berperlembagaan, Sultan Selangor sudah memilih menteri besar yang baru dan tiada mana-mana pihak dan parti politik yang boleh mempersoalkan kuasa Sultan yang diberikan dalam negeri Selangor.

"Selepas ini rakyat Selangor akan melihat kerajaan Pakatan Rakyat termasuk menteri besar baru itu wibawa atau tidak dan BN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media BN semalam.

Noh berkata BN juga akan memantau sama ada menteri besar baru itu melaksanakan segala janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu termasuk isu air.

Tuesday, 23 September 2014

HABIS LA ANWAR AL-JUBS KALI NIE.... LEPAS SATU-PERSATU BALA DATANG





Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan yang terbaru akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya tiga tahun lalu.

Menurut penasihat undang-undang PKR, Latheefa Koya, ia berhubung ucapan Anwar di satu perhimpunan politik di Gombak pada 2011.

Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, Azmin Ali juga telah disiasat berhubung isu yang sama.

"Kenyataan Azmin telah pun diambil pada tahun 2011, tetapi nampaknya seperti mereka (polis dan pihak berkuasa) membuka semula kes ini," katanya.

Latheefa berkata Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, dijadualkan memberi kenyataan pada petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.

Peguam yang juga Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, yang turut berdepan dengan dua tuduhan hasutan, akan menemani Anwar dalam rakaman kenyataannya.

INILAH HASRAT SEBENAR LIM KIT SIANG .........



Semua orang tahu bahawa Lim Kit Siang seumur hidupnya mempunyai impian untuk menggulingkan kerajaan BN dan sekarang mempunyai teman baru iaitu YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenapa Kit Siang bersungguh-sungguh hendak menggulingkan kerajaan? Kerana di dalam kerajaan itu ada orang-orang melayu melalui UMNO. Dengan terhapusnya kerajaan BN, akan mampuslah orang-orang melayu dalam Umno itu.
Kit Siang selama ini menghentam kerajaan BN berkaitan rasuah, kronisme dan nepotisme tetapi sekarang ini tinggal rasuah sahaja dan meninggalkan kronisme serta nepotisme sebab teman barunya itu mengamalkan perkara itu.
Kit Siang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme kerana Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, Lim Guan Eng (DAP- Bagan) adalah anaknya sendiri


DAP, kenapa emosi sangat ni!

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar parti MIC, Gerakan dan MCA ...

Saya hairan, apa lagi yang DAP tidak puas hati kepada PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang melabel empat exco Selangor sebagai pengkhianat, dalam keadaan Sultan Selangor telahpun menamakan menteri besar baharu, adalah tidak wajar.

Pada hemat saya, isu empat exco yang sebelum ini kekal bersama Tan Sri Khalid itu sudah 'tiada merit'.

Jika DAP masih mengungkitnya, bermakna DAP ada niat tertentu.

Cuma apa yang saya tidak faham adalah, kenapa DAP yang lebih beremosi dalam isu ini?

Saya kira, mereka yang lebih wajar untuk beremosi selepas perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ini adalah Anwar, Azizah, Rafizi mahupun Saifuddin Nasution.

Ini kerana mereka adalah watak penggerak utama dalam Langkah Kajang, dan bukannya Guan Eng.

Tetapi mereka ini tidak pula beremosi begitu, melainkan menyatakan tidak puas hati kepada Istana di atas cara dan kaedah perlantikan MB baru.

Kecuali Guan Eng dan DAP menyimpan dendam dengan PAS. Tapi saya rasa Guan Eng bukan jenis begitu. Beliau seorang yang berjiwa besar.

Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik.

Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati.

SD juga tiada merit


Seperkara lagi yang juga tidak wajar diungkit adalah isu tandatangan SD sokong Wan Azizah yang dibuat 30 orang Adun sebelum ini termasuk oleh dua Adun PAS.

Mungkin secara dalaman, isu SD dua Adun PAS itu akan diambil tindakan mengikut prosedur parti, namun dalam kerangka besar Pakatan Rakyat, isu ini juga sudah tidak releven.

Ini kerana nilai SD itu lebur selepas Sultan memperkenan Azmin sebagai MB baru sekaligus difahami baginda menolak Wan Azizah iaitu calon tunggal yang dikemukakan PKR dan DAP.

Kecuali PKR masih mahu menggunakan SD yang tinggal 29 orang tersebut sebagai senjata untuk undi tidak percaya kepada Azmin selepas ini. Tapi saya harap ia tidak akan berlaku.

PKR pun sudah menyatakan sokongan kepada Azmin. Majlis Pimpinan Pusat PKR juga sudah menerima penarikan diri Wan Azizah biarpun dibuat hanya selepas mengetahui Azmin menjadi pilihan sultan.

Tamatkan episod

Saya kira semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu melihat dan bergerak ke hadapan. Kita sudah tertinggal jauh dek kerana isu MB ini.

Usah lah lagi mengungkit apa berlaku di belakang. Jangan biarkan kita terus tersekat di sini.

Berapa ramai lagi yang harus cedera dengan isu MB ini. Saya kesian melihat mereka-mereka yang telah menjadi mangsa dalam isu ini.

Cukuplah sampai di sini. Dengan perlantikan baru ini biarlah episod ini ditamatkan.

Jika mahu meneruskan 'Langkah' lagi, tunggulah dahulu, biarlah reda satu-satu.

Kepada Guan Eng dan DAP, belajarlah terima hakikat. Ada benda PAS perlu berbeza pendapat. Tapi jangan mudah menuduh mereka 'khianat'!

HURU HARA, ITU YANG PASTINYA AKAN BERLAKU DI DALAM PARTI PAKATAN PEMBANGKANG SELEPAS PERLANTIKAN AZMIN ALI


Hampir pasti, Azmin Ali adalah Menteri Besar Selangor yang baru. Petang ini jam 4:00, Khalid Ibrahim akan mengadakan majlis perpisahan yang bakal dihadiri oleh Azmin Ali dan ramai pemimpin Pakatan Rakyat kecuali Wan Azizah, Rafizi Ramli, Zuraidah Kamaruddin, Saifuddin Nasution dan Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution yang bekerjasama dengan Rafizi Ramli serta memacaikan Chegu Bard telah melakukan serangan bertali arus ke atas Azmin Ali. Manakala Anwar Ibrahim pula tidak tetap pendirian memandangkan sebelum ini dia adalah penyokong terkuat Wan Azizah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin Ali beberapa kali menyelar Anwar Ibrahim sebagai 'orang gila' yang mahukan isterinya dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai tujuan tersebut walaupun akhirnya, tindakan Anwar Ibrahim mendatangkan kerugian yang lebih besar kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Seperti yang sedia maklum, Azmin Ali sudah mendapat persetujuan daripada PAS Selangor kecuali dua ADUN iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (ADUN Hulu Langat dan Morib) selain turut memperolehi sokongan daripada pembangkang Selangor (UMNO-BN). Beberapa orang ADUN PKR yang menjadi sebahagian daripada 30 orang ADUN Pakatan yang memberi Akuan Bersumpah menyokong Wan Azizah, juga telah menyatakan sokongan kepada Azmin Ali.

Sehingga sekarang, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli serta Zuraidah Kamaruddin cuba menafikan 'kemenangan' Azmin Ali dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor. Saifuddin Nasution masih sempat mengeluarkan satu kenyataan media bahawa perlantikan Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan. Manakala R.Sivarasa pula menyatakan, DYMM Sultan Selangor perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan melantik calon selain Wan Azizah ke jawatan berkenaan.

Azmin mempunyai akar umbi yang sangat kuat dalam PKR walaupun dia tidak begitu menonjol dan tidak begitu agresif seperti pemimpin-pemimpin PKR yang lain.

Ramai yang menyatakan, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor akan menutup terus peluang UMNO-BN yang menampilkan wakil-wakil rakyat yang sudah layak digelar AYAM PENCEN dan TIDAK BERAKAL untuk menguasai dan mengambilalih semula Selangor dalam beberapa PRU akan datang.

ANWAR IBRAHIM, Wan Azizah Antara Yang Tak Hadir Upacara Angkat Sumpah Azmin Ali Sebagai MB Baru




Ketika ini sedang berlangsung majlis angkat sumpah dan taat setia serta simpan rahsia oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Selangor.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Tak Jadi, Wan Azizah dan bekas Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim, tidak hadir untuk menghadiri majlis tersebut.

Difahamkan, majlis tersebut hanya untuk Exco dan Azmin Ali sahaja. ADUN-ADUN tidak dijemput.

Exco pertama tiba di Istana adalah Halimah Ali.


Semalam, Wan Azizah dengan penuh sedu sedan, mengumumkan 'penarikan diri' daripada jawatan Menteri Besar Selangor, meskipun dia sebenarnya tidak terpilih atau dipilih oleh Istana Selangor sebagai Menteri Besar. Malah namanya juga tidak wujud dalam senarai Menteri Besar Selangor.

Surat panjang lebar yang dikarang atas nama Wan Azizah tetapi mempunyai gaya bahasa Anwar Ibrahim, dibuat dan disebar selepas watikah Istana Selangor untuk Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor disiarkan oleh pelbagai pihak.

INI DRAMA INDIA MANA PULAK? DAH JADI MACAM NASI KANDAR POLITIK DALAMAN MALAYSIA HARI NIE..


Istana perjelas sebab Azmin dipilih MB baru

Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor," katanya.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh Istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.
PAS pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

Bagaimanapun Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Sharafuddin Idris Syah telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan menteri besar Selangor.

"Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

"Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," kata beliau.

TU DIA AIH!!!! ANGIN TARAK, RIBUT TARAK, AZMIN JUGAK DAPAT JADI MENTERI...... AKHIRNYA CITA-CITA ANWAR TERCAPAI JUA UTNUK MENJADIKAN BONEKANYA SEBAGAI MENTERI BESAR


Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor






ADUN kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu hari ini.

Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah di Klang, pada pukul 10.42 pagi.



Mohamed Azmin, Timbalan Presiden PKR, mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.

Turut hadir isteri Mohamed Azmin, Shamsidar Taharin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Monday, 22 September 2014

APA SEMUA NI???? SIAPA YANG BOHONG SIAPA?? APA2 PUN TERNYATA RAKYAT KELANTAN JUA YANG MENJADI MANGSA PEMBOHONGAN DAN PENDUSTAAN SEMATA2....


Fitnah RM12 billion makan tuan





Dengan pengiktirafan tersebut jelas ternyata kerajaan pusat sebelum ini berbohong kepada rakyat Kelantan dengan menafikan hak rakyat Kelantan.




PENGKALAN KUBOR: Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memasang billboard yang menyatakan bahawa ‘RM 12 billion fitnah besar PAS’ memakan diri mereka sediri.




Pengarah pilihanraya PAS bagi PRK Pengkalan Kubor, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan BN meletakkan billboard itu sebenarnya memakan diri mereka sendiri kerana sebelum ini mereka menafikan hak tersebut kepada kerajaan Kelantan.

Sebelum ini kerajaan pusat menyatakan akan membayar 50 peratus kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan 50 peratus kepada rakyat menerusi pemberian wang ehsan sebagai ganti royalti.

“Dengan pengiktirafan tersebut jelas ternyata kerajaan pusat sebelum ini berbohong kepada rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka,” katanya.Jelas Tuan Ibrahim sebelum ini kerajaan pusat telah menafikan pembayaran royalti tersebut kerana Kelantan berada jauh dari persisiran pantai dan terbaru kerajaan pusat telah mengishtihar bahawa Kelantan tidak layak menerima pembayaran wang ehsan seperti Terengganu.

Beliau berkata sebelum ini BN telah menaikkan billboard dalam kempennya dengan tulisan ‘RM 12 bilion fitnah besar PAS’ seolah-olah cuba menafikan tuntutan kerajaan Kelantan.

Tuan Ibrahim menjelas PAS tidak akan mengiktiraf pembayaran yang dibuat oleh kerajaan pusat kepada MAIK sebanyak 50 peratus kerana apa yang dituntut oleh Kelantan ialah pembayaran secara tunai oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri seperti yang dilakukan kepada Terengganu.

PRK PENGAKALAN KUBOR! MANA JANJI-JANJI MANIS KAMU WAHAI PAS DI KELANTAN?

INI AKU AMBIL DARI BLOG HOUSEPK...APA SUDAH JADI NI?????? BERAPA LAMA LAGI RAKYAT KELANTAN PERLU BERSABAR TANPA MENERIMA SEBARANG KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN?????? AYUH.. PILIHLAH PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR BOLEH MEMIMPIN...

INI BERITA YANG AKU BARU AMBIL SIKIT DARI HARAKAH YANG KONONNYA GST TU MEMBEBANKAN RAKYAT DAN AKU POST SEKALI LAH APA YANG HARAKAH CUBA NAK "BRAIN WASH" RAKYAT KELANTAN DENGAN ISU GST NI.....

KUALA LUMPUR: Ameerah Malaysia menyeru agar semua pengundi muda Dun Pengkalan Kubor terutama pengundi luar Kelantan untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat yang baru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Khamis ini.

Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, Ameerah melihat kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRK N01 pada kali ini amat penting untuk menghantar signal yang jelas kepada Kerajaan Pusat Umno BN bahawa rakyat luar bandar menolak secara total ketidakcekapan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Pusat dalam mengurus sumber kewangan negara sehingga terpaksa melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa mulai April tahun hadapan.

Katanya, kerajaan secara jelas menyatakan bahawa melalui pelaksanaan GST pendapatan negara akan bertambah.

Hal ini, ujar beliau menunjukkan bahawa kerajaan begitu lemah dalam mengurus kewangan di mana setiap tahun hampir RM10 billion wang tiris yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya berbelanja secara berhemah dan mendapatkan semula wang tiris negara bagi menampung perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara bukan dengan cara menekan rakyat melalui cukai yang tinggi seperti GST ini.

"Akhirnya, yang sangat terkesan adalah rakyat miskin dan golongan sederhana kerana mereka terpaksa menanggung beban apabila hampir semua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST pada tahun hadapan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, lebih parah lagi apabila kerajaan sehingga hari ini masih belum memberi jaminan bahawa kos barang api utama seperti petrol, diesel dan elektrik tidak akan dikenakan GST.

"Kita sedia maklum jika ketiga-tiga bahan api ini dikenakan GST, pastilah harga barang-barang semua akan meningkat," tambahnya.

Justeru, kata beliau Ameerah Malaysia sekali lagi menyeru kepada semua pengundi Dun Pengkalan Kubor terutamanya anak muda dan pengundi di luar untuk pulang dan mengundi PAS, Pakatan Rakyat pada hari mengundi 25 September ini.

"Undi anda teramat penting dalam usaha kita untuk memberi amaran kepada Kerajaan Umno BN bahawa mereka sudah lama ditolak oleh golongan rakyat luar bandar yang terpaksa menanggung beban peningkatan kos sara hidup yang tinggi akibat ketidakcekapan pentadbiran Kerajaan Pusat," katanya.

BETUL ATAU TIDAK ITU TERPULANGLAH KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENENTUKAN BAIK DAN BURUK NEGARA KITA.... KAJI SECARA MENDALAM DAHULU APA ITU GST SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN .. TAKU NANTI YANG RUGI KITA JUGAK... CINA BANGSAT JUGAK YANG MENARI TERGELEK2 KELAK

HAHAHA... LAWAK2... IN DH JADI LAWAK KE DER 3 DAH.....HAHAHA

KESIAN KHALID... SELANGOR BARU JE NAK MAJU TAPI.....



Pertama kali saya mendengar pidato Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah ketika kempen pilihan raya umum ke 12 pada 2008, di Bandar Tun Razak dan saya dapati ucapan beliau membosankan.

Ramai yang datang tetapi seolah tidak diperdulikan sangat apabila beliau seolah tergagap dan sukar difahami maksud ucapan beliau.

Saya ketika itu membuat tugasan sebagai pelajar kolej  meminta untuk memubual beliau selama lima minit, dan reaksi awal saya terus berubah.

 Walaupun saya telah lupa apa isi temubual itu, namun saya ingat jawapan beliau satu persatu jauh lebih baik dan meyakinkan berbanding ketika berucap di hadapan ratusan hadirin di atas pentas.

Sebulan kemudian, beliau dilantik menjadi menteri besar Selangor dan saya meneruskan pengajian.

Hampir dua tahun selepas itu, saya terjun ke dunia kewartawanan dan ditugaskan membuat liputan aktiviti kerajaan negeri Selangor.

Hari ini merupakan hari terakhir Khalid bertugas sebagai menteri besar dan pastinya satu perubahan dirasakan khususnya bagi warga media di sini.

Khalid sebelum ini pernah menyatakan betapa beliau mahu meninggalkan legasi pentadbirannya sebelum turun dari kerusi menteri besar.

Selepas menandatangani perjanjian induk yang membawa kembali syarikat pembekalan air kepada negeri Selangor, Khalid dilihat menghabiskan hari-harinya dalam kerja-kerja "santai".

Tanpa protokol, karenah

Beliau turut kelihatan lebih ceria selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada sultan Selangor dua minggu lalu.

Sabtu lalu, Khalid menghadiri acara perayaan pesta menuai Jepun, "Bon Odori" terakhir beliau sebagai menteri besar di Stadium Panasonic, Shah Alam dan beliau tetap seperti kali pertama pada 2008 - acara yang diakui beliau sebagai sentiasa membuatnya tersenyum dan ceria.

Beliau turun di tengah-tengah bersama menari mengelilingi bulatan dengan senyuman lebar tanpa sebarang kawalan keselamatan, sesuatu yang dilakukan saban tahun setiap kali perayaan ini tiba.

Khalid merupakan sosok yang amat berbeza sekiranya dikenali dengan rapat dan secara peribadi, bukan daripada pandangan politik.

Malah wartawan khususnya dari biro Shah Alam dan Selangor mendapati beliau mudah mesra dan sentiasa bersedia bertemu dan menjawab setiap persoalan yang ditujukan tanpa kerenah keselamatan dan protokol yang ketat.

Beliau yang sering dilihat bersama kakitangan pejabat menteri besar dan seorang "bodyguard" yang mesra tidak menghalang langsung ketika melihat media menuju ke arahnya, kecuali bulan lalu, tatkala krisis ini memuncak.

Saya melihat ramai wartawan yang mengenali Khalid berasa sedih dan marah apabila beliau dipecat dan dikritik hebat oleh pimpinan PKR sepanjang Ogos lalu.

Beberapa wartawan meluahkan kebimbangan pentadbiran Selangor bakal berubah berikutan ketidakyakinan kepada pengganti beliau, baik dari PKR atau PAS.

'Umpama dua sahabat'

Semalam, beliau mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah ke kejohanan golf Selangor Masters dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Selepas menyampaikan hadiah, sultan dan Khalid, berbual panjang di sudut khemah jamuan, dengan perbualan yang agak peribadi, dan amat santai sekali. Mereka kelihatan umpama dua sahabat yang berbual di kedai makan selepas penat bekerja.

Khalid dilihat agak jauh dari PKR namun sepanjang enam tahun pentadbirannya, beliau  dihormati mereka yang pernah bekerja dengannya.

Jolokan "kedekut" sinonim dengan beliau oleh kedua pengkritik dan pemujinya. Dari satu sudut, beliau dilihat amat berhati-hati dalam membelanjakan wang negeri, dan dari satu sudut lagi, beliau dilihat seperti tidak mahu membantu mengembangkan agenda pimpinan tertinggi parti.

Namun beberapa orang-orang beliau, sama ada baru atau sudah lama bekerja dengannya, mampu memberi kerjasama dan mempertahankan beliau.

Beberapa bulan lalu, seorang pengerusi GLC Selangor yang bukan berlatar belakangkan politik, meluahkan kebimbangan kepada saya terhadap perkembangan yang berlaku ketika itu.

Menurut beliau cara kerja Khalid yang teliti tidak pernah diterima beliau dari seorang ahli politik sepanjang lebih 20 tahun pengalamannya.

Penampilan serabut

Walaupun terkenal sebagai tokoh koporat yang mewah, penampilan Khalid dilihat berbeza dengan rakan kontemporarinya.

Adalah menjadi perkara biasa apabila Khalid keluar dari bilik mesyuarat, beliau dikepung media dengan rambut dan pakaian yang kurang kemas. Bagaimanapun penampilan "serabut' Khalid itu nampaknya menjadikan beliau seorang pemimpin yang mudah didekati rakyat.

Saya masih ingat lagi seorang makcik yang terkesima apabila melihat Khalid bersahaja membeli stokin di pasaraya Giant sewaktu acara pemberian baucer "Jom Shopping" warga emas tahun lalu.

Makcik tersebut yang kebetulan berdiri di sebelah saya, secara spontan melahirkan kekaguman kerana seorang Tan Sri yang membeli pakaian di tempat yang sama dengan beliau.

Dan ini bukanlah gimik politik kerana beliau memang begitu. Namun yang kurang diketahui umum ialah minat Khalid dengan karya sastera khususnya sajak.

Pada tahun 2012, ketika majlis menganugerahkan pengikritafan kepada Datuk A. Samad Said sebagai "Sasterawan Tamu" negeri Selangor, Khalid membaca ucapan yang amat panjang diselang-selikan dengan petikan-petikan sajak.

Walaupun agak lambat dan kurang lancar, kesungguhan beliau membaca menimbulkan kelucuan dan kekaguman mengenali sudut itu.

Masalah Khalid

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan beberapa polisi Khalid tetap menjadi kritikan orang ramai khususnya dalam menangani infrasturktur asas seperti jalan raya dan masalah kutipan sampah.

Beliau turut dikritik kerana didakwa terlalu lambat bertindak dalam beberapa isu dan kerenah birokrasi yang keterlaluan, khususnya dalam pemberian dana Selangorku.

Malah cara beliau meminggirkan ketuanya dalam bidang politik, dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat sendiri dan sudah dijangka bakal menjurus Khalid ke laluan sukar seperti yang berlaku sekarang.

Dan ia turut membuka jalan kepada sebuah politik nilai, daripada politik kelompok, yang hanya setia kepada sosok tertentu dalam aliran politik.

Pemergian Khalid tidak bermakna beliau akan terus hilang dari mewarnai politik Malaysia. Beliau kini merupakan seorang ADUN dan ahli Parlimen Bebas.Selamat jalan Tan Sri.

MALAYSIA NI MACAM DAH KEKURANGAN PEMIMPIN KE SAMPAIKAN SULTAN PUN TERPAKSA MEMILIH PELAKON FILEM BLUE MURAHAN UNTUK MENJADI MENTERI BESAR













Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka mengangkat sumpah esok sebagai menteri besar Selangor yang baru esok, beberapa sumber memberitahu Malaysiakini.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi esok.

Sidang media dijangka diadakan oleh Azmin sebagai MB baru sejurus selepas majlis angkat sumpah.

Beliau juga dijangka akan menemui beberapa pemimpin parti dan pemimpin tempatan esok.

Sumber-sumber dari pejabat menteri besar menyatakan maklumat itu telah mereka diterima, namun masih menunggu hebahan rasmi.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjalani hari terakhir beliau hari ini (Isnin)," kata sumber kepada Malaysiakini.

Khalid dijangka mengadakan sidang media petang ini.

Sementara itu, pihak istana pula dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemilihan Azmin hari ini.

Satu lagi sumber PKR memberitahu Azmin hari ini mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan taklimat dan mendapatkan "restu" akhir dari beliau dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sejak Khamis lalu, PKR setiap hari mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu masih meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan itu.

'Tak tepat'

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan laporan bahawa Anwar bersetuju memberi laluan kepada Azmin sebagai "tidak tepat".

Beliau menjawab spekulasi media bahawa istana memilih Azmin sebagai menteri besar - sekaligus menyelesaikan penantian lebih dua bulan mengenai pengganti Khalid.

Malaysiakinidifahamkan bahawa Azmin sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Anwar secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka.

Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

Difahamkan Anwar beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk menerima calon kedua PKR sekiranya istana mengambil keputusan menolak Dr Wan Azizah.

Naib Presiden PKR Tian Chua malam tadi menegaskan calon kedua harus mendapat restu dan sokongan parti.

"PKR berdiri teguh di belakang Dr Wan Azizah sebagai pilihan MB kami. Mana-mana nama lain yang dicadangkan, perlu datang dan disokong parti," kata beliau.
"Saya secara khususnya berkata Pakatan Rakyat terbuka untuk menimbangkan pilihan main termasuk Azmin Ali, asalkan proses konsultasi dijalankan.
Chua mengulas demikian sewaktu menafikan laporan The Staryang memetik beliau sebagai berkata 'Azmin tiada sokongan PKR'.