
Ketika ini sedang berlangsung majlis angkat sumpah dan taat setia serta simpan rahsia oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Selangor.
Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Tak Jadi, Wan Azizah dan bekas Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim, tidak hadir untuk menghadiri majlis tersebut.
Difahamkan, majlis tersebut hanya untuk Exco dan Azmin Ali sahaja. ADUN-ADUN tidak dijemput.
Exco pertama tiba di Istana adalah Halimah Ali.
Semalam, Wan Azizah dengan penuh sedu sedan, mengumumkan 'penarikan diri' daripada jawatan Menteri Besar Selangor, meskipun dia sebenarnya tidak terpilih atau dipilih oleh Istana Selangor sebagai Menteri Besar. Malah namanya juga tidak wujud dalam senarai Menteri Besar Selangor.Surat panjang lebar yang dikarang atas nama Wan Azizah tetapi mempunyai gaya bahasa Anwar Ibrahim, dibuat dan disebar selepas watikah Istana Selangor untuk Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor disiarkan oleh pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment